DIVIDEN
DIVIDEN KOPSSM 2023
YBhg. Datuk/Tuan/Puan,
PENGUMUMAN DIVIDEN KOPERASI SSM MALAYSIA BERHAD BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2023
Keputusan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali ke-12 yang bersidang pada 22 Januari 2024 berkaitan cadangan kadar dividen untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun 2023. Berdasarkan permohonan pembayaran dividen Koperasi SSM Malaysia Berhad kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), adalah dimaklumkan bahawa pihak SKM hanya meluluskan pembayaran dividen Koperasi SSM Malaysia Berhad bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2023 melalui surat bertarikh 4 Mac 2024 seperti di lampiran dengan butiran seperti berikut:
Dividen ke atas saham sebanyak 3% (berdasarkan baki saham pada 31 Dis 2022); dan
Dividen ke atas caruman sebanyak 2% (berdasarkan baki purata pada 31 Dis 2022).
Sehubungan dengan itu, tuan/puan yang layak bolehlah menyemak dividen masing-masing yang telah dikreditkan ke Akaun Caruman melalui E-BSK mulai hari ini. Ahli Lembaga Koperasi (ALK) juga mengambil kesempatan ini untuk mempelawa warga kerja SSM yang lain untuk menjadi ahli koperasi bagi menambah tabungan demi masa depan yang lebih baik.
Oleh itu, Tuan/Puan boleh muat turun Borang Keahlian dan Borang Caruman bagi kemasukan baru dan juga bagi penambahan saham. Borang yang telah lengkap boleh diserahkan terus kepada Koperasi SSM (M) Berhad di Tingkat 2 Menara SSM@Sentral atau emelkan kepada ssmkoperasi@gmail.com.
“ KOPERASI SSM, KOPERASI KITA”
Sekian, terima kasih.
SAMSIAH IBRAHIM
Pengerusi Koperasi SSM (M) Berhad

DIVIDEN KOPSSM 2022
PENGUMUMAN DIVIDEN KOPERASI SSM MALAYSIA BERHAD BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2022
Alhamdulillah dan Tahniah kepada semua Ahli Koperasi SSM atas pengumuman Dividen pada Majlis Perhimpunan SSM 2023. Sehubungan itu,sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Perwakilan kali ke-11 yang bersidang pada 19 Januari 2023 yang lalu telah memutuskan pembayaran dividen Koperasi SSM Malaysia Berhad bagi tahun berakhir 30 Jun 2022 dengan butiran seperti berikut:
1) Dividen ke atas saham sebanyak 7% (berdasarkan baki saham pada 31 Dis 2021); dan
2) Dividen ke atas caruman sebanyak 7% (berdasarkan baki purata pada 30 Jun 2022).
Tuan/Puan yang layak bolehlah menyemak dividen masing-masing yang telah dikreditkan ke Akaun Caruman melalui E-BSK mulai hari ini. Ahli Lembaga Koperasi (ALK) juga mengambil kesempatan ini untuk mengajak warga kerja SSM yang lain menyertai dan menyokong Koperasi SSM (M) Berhad demi masa depan yang lebih baik. Oleh itu, Borang Keahlian dan Borang Caruman bagi kemasukan baru dan juga bagi penambahan saham boleh dimuat turun disini.
Borang yang telah lengkap boleh diserahkan terus kepada Koperasi SSM (M) Berhad di Tingkat 2 Menara SSM@Sentral atau emelkan kepada ssmkoperasi@gmail.com.
Jom melabur bersama Koperasi SSM (M) Berhad!
“ KOPERASI SSM, KOPERASI KITA”
Sekian, terima kasih.
SAMSIAH IBRAHIM
Pengerusi Koperasi SSM (M) Berhad
DIVIDEN KOPSSM 2021
Alhamdulillah...
Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Perwakilan kali ke-10 yang bersidang pada 16 Mac 2022 yang lalu telah memutuskan pembayaran dividen Koperasi SSM Malaysia Berhad bagi tahun berakhir 30 Jun 2021 dengan butiran seperti berikut: Dividen ke atas saham sebanyak 5% (berdasarkan baki saham pada 31 Dis 2020); dan Dividen ke atas caruman sebanyak 5% (berdasarkan baki purata pada 30 Jun 2021)
Ahli Lembaga Koperasi (ALK) juga mengambil kesempatan ini mempelawa Warga kerja SSM yang lain untuk menyertai Koperasi SSM (M) Berhad agar turut Bersama Koperasi melangkah ke hadapan , menceburi beberapa peluang perniagaan dan seterusnya dapat menikmati kadar dividen yang memuaskan walaupon terpaksa mengharungi Pendemik Covid-19.
Justeru itu, Semua ahli koperasi yang sedia ada juga digalakkan untuk menambah jumlah saham dan/atau caruman semasa tuan/puan. Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang Koperasi SSM (M) Berhad & serahkan borang tersebut kepada Cik Izzah Wardani (emel: izzahshukur.koperasissm@gmail.com).
Sekian, terima kasih.
JOM SERTAI KOPERASI SSM (M) BERHAD
“ KOPERASI SSM, KOPERASI KITA”
#dividenkoperasiSSM2021#peluangpelaburan#tambahpendapatan#kitajagakita