BULETIN

BULETIN
SYABAS & TAHNIAH!
KOPERASI SSM MALAYSIA BERHAD
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Koperasi SSM Malaysia Berhad telah berjaya melakar satu lagi pencapaian membanggakan apabila tersenarai di kedudukan No. 36 dalam Anugerah 50 Koperasi Terbaik Wilayah Persekutuan 2026.
Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal (B), Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia, dalam Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi Wilayah Persekutuan Tahun 2026 yang telah berlangsung pada 27 Ogos 2026 bertempat di Royale Chulan Damansara, Petaling Jaya.
Pencapaian ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna dan menjadi bukti atas komitmen, usaha, dedikasi serta kepercayaan yang diberikan oleh seluruh anggota koperasi kepada Ahli Lembaga Koperasi SSM.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua anggota Koperasi SSM Malaysia Berhad atas sokongan dan kepercayaan yang berterusan. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk kita terus melangkah maju, memperkukuh koperasi dan memberikan manfaat yang lebih besar kepada semua anggota.
Jom bersama-sama memperkukuhkan Koperasi SSM!